Silalah datang melawat tempat baru saya…..
|
Sejak minggu peperiksaan baru2 ni, dah lamanyalah aku tak update blog. Maklumlah busy nak belajar. Lepas habis exam haritu aku terus ke Bingen, berjumpa ngan rakan2 yg dah lama tak jumpa. Di samping tu jugak dapatlah ahli2 usrah berkenalan dengan lebih rapat. Selama ni jumpa kat internet, dengar suara sahaja, muka masing2 belom kenal. Bila dah tengok diri masing2 secara live, barulah puas hati. Di kesempatan yang ada sempatlah jugak kami buat usrah secara live buat pertama kalinya. Ni gambar semasa keluarga K.Karmila dan K.Wani nak menuju ke destinasi masing2. Tapi sayang sebab K.Ayu dan K. Na dah balik masa ni,jadi takdelah dalam gambar. Gambar ni berlatar belakangkan blok tempat tinggal pelajar2 Malaysia di sini.
Yang ni pulak budak2 seronok nak kutip buah walnut. Semangat je tuan rumah jolokkan pokoknya.
Hari ni aku mencuba satu resepi baru yg memang dah lama sangat aku nak masak. Nasi Arab ni memang salah satu nasi kegemaranku tapi hari ni baru nak try masak.
Bahan2:
cara2
Nasi Arab ni senang nak masak sebab segala2nya dalam satu periuk sahaja, nak kemas pon senang nanti..Tapi gambar tu tak cantik pulak. Dah dekat nak raya nampaknya, dah 3 hari jugaklah aku di Jerman selepas pulang bercuti haritu. Emm, tak seronoknya duduk kat sini, tapi nak wat camna, study kena diteruskan juga. Walaupon raya dah nak dekat, aku tak rasa pon gembira sedangkan hari raya sepatutnya hati ni rasa seronok. Nak kata sedih atau homesick pon tidaklah sebab dah beberapa tahun aku beraya di sini. Selama 2 minggu bermula minggu depan aku ada exam dan itulah yg menyebabkan hati ni gundah gulana…waaa…Doakan daku di sini ya rakan2…
Sep
05
2009
Bazar Ramadhan vs Nasi Ayam Periuk BesarPosted by: hudaahmad in kehidupan, tags: bazar, nasi ayamHari ni kali pertama kami membeli makanan untuk buka puasa di bazar Ramadhan sebab ada hal nak kena buat kat luar. Sebelum ni kalau pergi pon, beli air tebu je. Memang seboleh-bolehnya taknak pergilah untuk mengelakkan pembaziran, yelah nanti macam2 teringin nak mkn. Jadi aku pon belilah nasi ngn lauk. Aku amik ikan keli goreng medium size, seekor udang medium size dan sayur lemak. Sekali dia cakap RM10. Ya Allah, aku memang terkejut yg amat sampai tak terkata apa2. Tak pernah aku makan nasi putih ngn lauk mcm tu mencecah RM10. Jadi sayangku tanyalah penjual tu sekali lagi, dia kat ikan keli RM4, udang seekor RM4. Emm, memang mahal lah berbanding makan kat restoran sedangkan gerai ni takyah sediakan tempat utk org mkn, pinggan pon takde, sepatutnya boleh turunkan lagi harga tu. Semalam pulak kami makan kat Nasi Ayam Periuk Besar, dah lama dah sayangku nak bawak makan situ. Memang sedap nasi ayamnya, ditambahkan dengan mood restoran yg menenangkan. Ada byk jugak jenis2 ayamnya iaitu Nasi Ayam Dot Mai, Madu, Panggang dan Kampung. Ayam pon besar dan harga sepinggan nasi ayam adalah lingkungan RM5.80 . Walaupon mahal dari kat gerai, rasanya jauh beza dan ayam pon lagi besar. Jadi aku puas hati makan kat situ berbanding beli nasi lauk kat bazar Ramadhan tadi. Nasi Ayam Periuk besar ni memang byk cawangan nya terutama di Utara. Jadi nanti bolehlah kawan2 try ye.. Memang berbaloi
Balik tu lepas fikir2, kami jadi jugaklah nak beli dengan harga RM31,500 selepas tawar menawar. Sabtu tu terus pegi transfer loan kat Public Bank Shariah, alhamdulillah sebab manager tu sanggup buat hari Sabtu walaupon Sabtu bank hanya dibuka untuk urusan yg simple je. Kata manager tu dalam 2 hari loan boleh approve. Isnin petang sayangku dapat sms, loan dah approved, alhamdulillah. Selasa seller hantar kereta ke Puspakom untuk check kereta, Rabu kami ambil kereta, Khamis insurans selesai dan Jumaat dapatlah kami balik Terengganu dengan kereta. Memang cukup2 saje masa tu. Alhamdulillah semuanya selesai dengan pantas atas kerjasama kami semua. Jadi inilah kereta pertama keluarga kami.. Puas hatilah jugak sebab kereta ni nampak jarang digunakan. Seller tu pon nak jual sebab dah dapat kereta company. Rasa seronok sangat boleh jumpa nenek, baba n mama, adik-beradik, ipar duai dan anak2 sedara. Ya Allah, lamanya tak jumpa diorang. Hari Sabtu pulak kami buat rombongan merisik ke Besut utk adikku. Seronok sangat sebab nilah kali pertama aku mengikuti rombongan merisik. InsyaAllah, jika ada jodoh mereka, dapatlah aku sorang lagi adik ipar, meriahlah lagi keluarga kami. Amiiin. Ahad tu kami hanya dirumah bermain ngn 2 budak comel ni. Yang sorang tu riang ria, yang sorang lagi tu takleh berenggang ngn ibu abahnya. Seronok tengok gelagat budak2 ni terutamanya bila berebut barang.
Inilah Farisha Areena, tapi ni gambar kat rumah daddy n mummy areena. Yang ni pulak Iffah kat rumah abah n ibunya. Seronok sangat melayan girls yg comel ni sampai x sempat amik gambar haritu. Isnin pagi sorang demi sorang pulang ke rumah masing2. Sunyilah rumah tu jadinya.
Aug
24
2009
Solat terawikhPosted by: hudaahmad in Uncategorized, kehidupan, tags: ramadhan, terawikhAlhamdulillah bersempena Ramadhan di Malaysia ni dapatlah ku solat terawikh berjemaah di surau dan masjid. Di Jerman terawikh hanya ku lakukan seorang diri di malam yg sunyi. Cuma waktu first year dulu aku ngn geng2 Gelsenkirchen selalu jugak ke masjid utk terawikh, siap naik tram lg sebab jauh, betapa semangatnya kami. Masjid yg kami pergi dipenuhi org Turki dan imamnya juga Turki rasanya. Yg kelakarnya, kami tak selidik dulu macam mana mereka solat terawikh. Mereka ni boleh dikatakan solat ekspress, laju sangat2 sampai berpeluh2 solat dalam masjid tu. Terawikh nya, kalau kita setiap 2 rakaat akan berhenti, mereka berhenti selepas 6 rakaat. Memang tak sangka, ingat lepas 2 rakaat tu nak bagi salam dah, sekali imam tu bangun lg, jadi sangkaan ku mesti 4 rakaat ni. Tiba2 lepas rakaat ke 4, imam tak bagi salam jugak. Lepas tu tak dapat agak dah berapa rakaat sebenarnya. Nasib baik lepas 6 rakaat tu bagi salam. Yang seterusnya juga 6 rakaat diikuti 4 rakaat dan 4 rakaat. Selalunya selepas solat terawikh kami akan makan apple pie kat McD sementara nak tunggu tram sampai. Seronok jugak la ada pengalaman solat terawikh dengan org2 Turki. Sempena kedatangan Ramadhan ni sama2lah kita meningkatkan amal ibadah, kurangkan pembaziran dan menjaga tingkah laku kita. Amin Baju ni asalnya memang kosong, dah lama baju ni ada cuma jarang pakai. Disebabkan baju ni dah lama, beranilah nak hias banyak2. Baju ni siap dijahit masa kat Jerman tapi semalam baru ambil gambar. Banyak teknik baru yg aku belajar masa jahit baju ni jadi makan masa yg lama jugak nak siap, hampir 1 minggu. Kali ni aku lukis corak guna soluble pen. Geram jugak ngn pen tu sebab cepat betul lakarannya hilang.
Aku cuba sedaya upaya letakkan warna yg seakan2 ngn kainnya. Mujur warna2 tu ada dalam koleksi benang. Lepas siap jahit semua ni rasa penat sangat badan sebab memang pulun sungguh.
Bunga yang besar ni dijahit menggunakan teknik whipped back stitch untuk tebalkan garisan tu dan dimeriahkan dengan manik2 kecil.
Di hujung lengan dijahit dahan2 dari teknik chain stitch dan stem stitch. Dahan2 pula dihiasi dengan rose dari bullion stitch.
Bahagian bawah ni aku tak berapa reti nak penuhkan, tu yg ada macam2 jenis bunga. Bunga kelopak 5 ni dari teknik bullion stitch. Nak bagi penuh lagi, aku jahit bunga teratai dengan manik.
Kawasan2 yg nampak agak kosong kat kawasan bunga2 tu aku penuhkan dengn french knot sebab senang nak jahit. Boleh jugak digantikan dengan manik2 kecil cuma kalau guna manik remeh sikit.
Aug
19
2009
Teknik sulam (rose dari bullion stitch)Posted by: hudaahmad in sulam benang, tags: embroidery technik, rose, teknik sulam
Aug
18
2009
Teknik Sulam( Bunga dari bullion stitch)Posted by: hudaahmad in sulam benang, tags: bullion stitch, embroidery technik, teknik sulam
|



Cuti merdeka kali ni kami balik terengganu. Semua balik Terengganu kecuali 2 adik yg last. Mula2 tu kami ingat nak balik ngn bas, tetiba sayangku nak beli kereta proton saga yang second hand (dah 1 thn setengah n auto). Kalau nak beli yg baru rasa tak berbaloi sebab parking kat sini bukan dalam pagar, jadi kalau calar ke takdelah tension sgt. Jadi 20 Ogos (khamis) kami pegi tengok kereta tu. Memang nak beli dah ni kiranya, tanya seller tu agak2 berapa lama leh approve loan, jawabnya mungkin 1 bulan. Bila dah dengar camtu rasa macam tak jadi lah pulak nak beli.








Entries (RSS)